Apakah aku masih punya harapan
Malah juga satu peluang
Untuk menagih cinta dari mu
Dan memiliki hati dan senyuman mu
Apakah aku masih punya impian
Untuk sentiasa di sisi menemani
Bersama melayari detik bahagia
Dan menguntum bibit belaian mesra
Izinkan sayang ku terus mencintai mu
Kerana cinta mu sebati dalam diriku
Setiap nafas yang berhembus itu
Hanya terukir namamu
Biarkan sayang apa pun dugaan
Akan ku teguhkan tiang keimanan
Moga cinta akan berkekalan
Bersemadi dalam istana kecintaan.
No comments:
Post a Comment