Saturday 7 April 2012

Pengorbanan Isteri Atau Suami



Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah lagi di
usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah hatinya, sumpah
aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah tenang. Tidak kelihatan
walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya malah bibirnya. Segalanya
masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan setiap kehendak hatiku.
Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan. Cuma ketika dia menurunkan
tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air mata gugur di pipinya.

Itulah kali terakhir aku lihat dia menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang beramai lima orang. Dia meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai. Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan belajar untuk mengurus hidupnya sendiri. Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya, bersalaman dan mencium
tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik.

Aku mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku sendiri
kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku sedar, aku
kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah. Mungkin
juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai
lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya. Walau
apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh, kerana
itu kami berkahwin.

Walau ibu dan ayahku malah saudara mara menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Norjannah, soal mereka. Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya. Cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah mengeluh keletihan melayan karenah anak-anak walau aku kurang membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan di hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.
Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu Nurjannah yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh Nurjannah.

Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk, Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku
pulang kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di
ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke pasar. Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup
bersamanya, Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga
seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku. Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan katanya.

Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi, barulah
aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman sepejabatku.
Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan sepahit mana
sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi aku dan Normi telah dikurniakan
seorang cahaya mata. Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak. Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan.

Bersalam dan mencium tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang amat aku terasa, aku kehilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta izinku membantu abangnya yang berniaga di
kedai runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu. Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah. Namun dia hanya menggeleng kepala. Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.

Kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan tanda-tanda
membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin kerana dah
jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik Nurjannah.
Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading.
Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah menjangkau dewasa.

Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza menjadi pensyarah, Fakhrul pula pegawai di jabatan kerajaan, Farihin seorang guru
dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan diadakan dua hari
lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar aku dan ibunya hadir
di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua bulan aku tidak menjengah
Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak pernah
menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa memberontak.

Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan seorang suami. Aku akui
bukan seorang suami yang adil. Adil dalam mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan yang nyata antara keduanya. Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku adil.

Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili padi.
Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi. Fariza yang
juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut. Nurjannah
membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan cerita. Sebenarnya
jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa Nurjannah. Entah
kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari kemesraannya.

Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi. Adakah aku
berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya. Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya.

"Bang, lapan belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati menandatangani
borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh melakukannya
sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai belati menghiris
hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku. Namun kutahan. Adakah
ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan. Kukira langkah
mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang kali beginilah deritanya
hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang yang dikasihi..

"Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana sememangnya
abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya tak mahu
kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah rasa
pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa, mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza.

Aku merenung mata Fariza dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza bersuara.

"Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi nanti,
siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal makcik Normi
sorang-sorang."

"Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang tinggalkan Normi,"
pintasku cuba melerai kekusutan yang membelit diri.

"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap terluka.
Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah
isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah hanya
memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari sejadah
yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk. 

Rahsia hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga



Orang tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah
dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.


Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.


Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.


Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.


Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.


Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.


Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?




Kepercayaan sekadar satu panduan


Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.


Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:


Sulung dengan sulung


Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.


Sulung - Tengah


Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.


Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.


Sulung - Bongsu


Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.


Tengah - Tengah


Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.


Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.


Tengah - Bongsu


Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.


Bongsu - Bongsu


Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.



Mimpi Di Patuk Ular



Semalam saya  bermimpi dipatuk ular kat leher???
Ermmm.. adakah ianya mainan tidur??
Saya x puas hati gak kalo asyik mimpi gini jer
Kata orang kalo mimpi dipatuk ular tandanya ada y ingin mendekati kita @ masuk meminang kiter..



kalau ikut orang dulu-dulu katanya kalau mimpi ular ni ada orang nak datang meminang.. haha.. 


tapi kalau dari segi islam pulak..mimpi dipatuk ular atau mimpi berkaitan ular merupakan petanda yang tidak baik!! mimpi ular ditafsirkan kepada beberapa tafsiran menurut kiswahonline (ustaz hayat) kalau mimpi ular bermaksud:


1.Percakaran antara keluarga,anak2 dan isteri
2.Kemungkinan ada orang yang hasad dengki kepada anda
3.Petanda anda terkena sihir atau gangguan makhluk halus
4.Musuh yang mempunyai harta
5.ular masuk rumah:Musuh anda telah menjalankan konspirasi menjatuhkan anda.
6.Bunuh ular:Anda berjaya mengatasi musuh anda
7.kena patuk:anda terkena musibah
8.Bunuh ular atas katil:isteri akan meninggal dunia.
9.Rumah penuh ular tetapi tidak takut:rumah anda musuh muslimin dan orang mengikut hawa nafsu
10.Ular mati:musuh anda akan musnah tanpa bersusah payah
11.Ular masuk ke rumah dan keluar begitu sahaja:musuh sebenarnya dari kalangn ahli keluarga sendiri

Adab Selepas Bermimpi

1. Selepas bermimpi buruk juga kita disunatkan melakukan perkara-perkara berikut :
2. Membaca ta'awwuz (A'uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim)
3. Meludah kesebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
4. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
5. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu)

Friday 6 April 2012

  CINTA..

CINTA,adalah lahir dari sifat kasih sayang
yang wujud dari persahabatan..
yang mula hati ingin mengenalinya
dengan lebih rapat lagi..

CINTA,hanya mempunyai hati dan
perasan yang sejati ada
gembira ada sedih..

CINTA,.. juga membuat kan kita
rasa bertuah dengan mempunyai
teman yang paling istimewa masing2

CINTA..juga membuatkan kita
hidup merana dan sensara..
sedih kalau hubungan yang telah
dijalinkan tidak dapat dikekalkan..

CINTA..membuatkan rasa sayang
diantara 2 orang insan yang ingin
hidup bahagia selamanya...

tumbuhan dan bungaan



Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/160 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Palakka, Sulawesi



Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/250 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Palakka, Sulawesi



Gula Merah
Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/60 sec
Lens : 6 mm
ISO :125
Lokasi : Pasar Palakka, Sulawesi




Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/500 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Pasar Palakka, Sulawesi








Sunday 13 November 2011

gambar ulat gonggok ( Palakka, Sulawesi)

Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/15 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Palakka, Sulawesi

Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/160 sec
Lens : 13 mm
ISO :100
Lokasi : Palakka, Sulawesi

Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/40 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Palakka, Sulawesi



 Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/15 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Palakka, Sulawesi


Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/40 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Palakka, Sulawesi


My Snap at panTaI LoSari


Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/2000 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Pantai Losari, Makassar


Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/160 sec
Lens : 14 mm
ISO :100
Lokasi : Pantai Losari, Makassar



Kamera : SONY DSC -S930
Exposure Time :1/200 sec
Lens : 6 mm
ISO :100
Lokasi : Pantai Losari, Makassar